Isteriku kau penemanku di dunia dan juga di akhirat.

Suami dan isteri sememangnya saling memerlukan. Hidup berumah tangga perlu sikap saling bantu-membantu, toleransi dan bekerjasama. Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Bagi sesiapa yang sering mengikuti ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri.

Sering merindui isteri dan keluarganya, perasaan rindu yang lahir dari dalam dirinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seringkali perasaan itu diungkapkan di laman sosial miliknya. Kagum apabila dia sebagai seorang suami begitu menghargai insan bernama isteri. Berikut catatan Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.

Sebak lak dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula. Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak Meh saya tunjukkan saya bawa ke depan tu sikit.

Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari dompet. Sambil cakap aduh camne yer Saya kata takper kak.saya dah bayar. Akak isi penuh jer.ish.takperlah Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz saya memang ada masalah takde duit nak isi minyak.

Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana.

Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit takde. Barang tertinggal Sampai dekat rumah dah lewat juga. Rindu bidadari saya Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang.

Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kecian bidadari saya penat jer. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-kadang basuhkan kereta sekaliā€¦selit duit sikit dekat dompet isteri sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. Terima kaseh abang.

Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang i love u too sayang bidadariku.sedih.Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tu

gas isteri kita. Mereka teman kita di dunia sampai syurga. Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zaliimi isteri ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana.

Jadikanlah kami ketua keluarga yang baik ebitlew. Kesimpulannya hargailah isteri masing-masing selagi masih ada. Jangan sampai apabila sudah kehilangannya baru hendak menyesal, semuanya sudah terlambat.